Takaful dan Kewangan Islam
Saya, Syarifah Noor Amalia adalah seorang Perunding Kewangan Islam dan telah pun membantu ramai individu dan organisasi sejak 10 tahun lalu iaitu dikalangan keluarga, rakan-rakan, pemilik perniagaan, golongan professional dan bekerjaya serta ramai lagi di dalam memberi nilai tambah perancangan kewangan termasuk perlindungan risiko mereka. Alhamdulillah, dengan strategi dan nasihat yang diberi, mereka kini lebih jelas dan telah mengambil langkah yang lebih bijak serta dapat mengawal dan merancang lebih baik perihal perancangan kewangan masa depan.
Konsep Tabarruq dalam takaful membuka mata dan hati saya untuk mendalami industri ini. Saya sangat menghargai ilmu muamalat ini kerana ia memberi satu platform untuk saya berpeluang duduk di dalam masyarakat dan menyebarkan kebaikan serta kepentingannya.
Alhamdulillah, saya juga telah buktikan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang saya perolehi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tidak sia-sia kerana bidang kewangan ini jauh lebih luas dari apa yang ramai orang di luar sana sangkakan. Saya menyeru lebih ramai lagi golongan professional dan berkedudukan untuk menyertai kami di Al-Faisal Group untuk membuka minda masyarakat bahawa bidang ini boleh menjamin Al-Falah jika ia disampaikan dengan cara yang paling amanah, betul, tepat dan bijaksana.