Takaful dan Kewangan Islam
Saya, Norwahidah merupakan lulusan A levels Jurusan Perundangan dan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pentadbiran Perniagaan Jurusan Pemasaran daripada UUM.
Setelah menamatkan pelajaran, saya telah menceburi bidang muzik dengan menjadi produser dan composer muzik dalam Clef music production (Anak syarikat bawah Arum Empire).
Kini 2020, atas minat dalam bidang kewangan Islam, saya telah menceburi secara part time dam Industri Takaful (freelance consultant). Saya sukakan konsep Takaful serta Aqad Takaful yang bersandarkan konsep tolong menolong dan bertaawun dalam satu pakatan kebajikan (antara peserta Takaful).
Saya merasakan semua lapisan masyarakat perlu didedahkan dengan kepentingan dan keperluan Takaful ini. Dan untuk konsultan perancang kewangan seperti kami, ia merupakan satu cabang dakwah perjuangan dalam menyebarkan kepentingan saling melindungi dan saling jamin menjamin sesama kita, terutama kepada ahli keluarga kita sendiri.