Takaful dan Kewangan Islam
Saya, Anuar merupakan Lulusan Ijazah Syariah Feqh Usul daripada Universiti Mu’tah, Jordan.
Setelah menamatkan pelajaran, saya telah menceburi bidang pendidikan dengan menjadi seorang guru yang mengajar bidang Al-Quran di sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang telah dilaksanakan pihak kerajaan di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah agama kerajaan di seluruh negara.
Kini 2020, atas minat dalam bidang kewangan Islam, saya telah menceburi secara part time dalam Industri Takaful (freelance takaful consultant). Saya sukakan konsep Takaful serta Aqad Takaful yang bersandarkan konsep tolong menolong dan bertaawun dalam satu pakatan kebajikan (antara peserta Takaful).
Saya merasakan semua lapisan masyarakat perlu didedahkan dengan kepentingan dan keperluan pelan Takaful ini. Untuk konsultan takaful seperti kami, ianya merupakan satu cabang dakwah perjuangan dalam menyebarkan kepentingan saling melindungi dan saling jamin menjamin sesama kita, terutama kepada ahli keluarga kita sendiri