Assalammualaikum,
Saya Dyesebel Binti Mahmor adalah seorang ‘Financial Advisor’ berpangkat Assistant Unit Manager di AL-Faisal Group(AFG).
Di Al-Faisal Group, kami mempraktikkan ilmu kewangan islam untuk memberikan nasihat yang terbaik kepada para klien mengikut keperluan mereka.
Bermulanya karier saya pada tahun 2012 sehingga kini. Pada awal karier saya, Alhamdulillah saya mendapat Anugerah Ejen Baru Terbaik di negeri Johor selama 2 tahun berturut-turut. Pencapaian Tertinggi Peribadi saya adalah pada tahun kewangan Takaful Ikhlas 2013/2014 apabila tersenarai sebagai kategori Ejen Terbaik Ke-9 di Malaysia. Pelbagai anugerah dan konvensyen luar negara telah saya kecapi termasuk konvensyen menunaikan Umrah bersama² suami. Konvensyen ini adalah konvensyen yang paling manis selain Guangzhou & Shenzen di China, Agra Taj Mahal di India, Batam dan Bandung di Indonesia.
Selama 8 tahun menceburi bidang ini, Alhamdulillah saya komited dan fokus dalam urusan kerjaya saya termasuklah menguruskan sehingga 600 polisi takaful seliaan saya, dimana pelbagai pengalaman dan keperluan serta kehendak klien di dalam pengurusan kewangan sehinggalah ke bahagian ‘claim’ dari pelbagai latar dan bidang profesion peserta.
Antara pengurusan ‘claim’ yang saya tidak dapat lupakan adalah apabila menguruskan ‘claim’ kematian kakak kandung saya sendiri akibat kemalangan pada tahun 2016. Selain menguruskan ‘claim’ kematian kanak² berusia 2 tahun dan seseorang yang berstatus bapa berusia 34 tahun semasa itu, akibat kemalangan.
Alhamdulillah dalam bidang ini ,hubungan ukhwah dan silaturrahim serta sifat tolong menolong antara perunding takaful dan peserta/klien dapat diperpanjangkan ikatan hubungannya serta memperoleh keberkatan bagi setiap perkara dari Allah.
Saya amat menggalakkan orang ramai untuk lebih mengenali kerjaya profesional ini dan merasai kemanisan dalam kerjaya ini, InsyaAllah.