Salam Ukhwah Fillah,
Alhamdulillah, kembara kerjaya saya dalam mengembangkan dakwah muamalat Islam telah melebihi 10 tahun.Kecintaan terhadap dunia keusahawanan dan ekonomi Islam membuatkan saya bertahan lama dengan kerjaya kini.
Kerjaya ini mencipta peluang untuk saya merentasi banyak negeri serta pengalaman berhadapan dengan pelanggan yang bermacam corak gelagat dan ragam. Paling penting, saya telah membantu pelbagai latar belakang individu, keluarga dan syarikat dengan memberikan solusi secara holistik dalam bidang kewangan Islam berlandaskan maqasid syariah.
Masa yang fleksible dan pendapatan tanpa had ( bergantung kepada usaha anda) selain peluang menambah ilmu dan pembangunan diri seperti kemahiran komunikasi dan kepimpinan merupakan nilai tambah untuk anda jadikan kerjaya seperti saya sebagai kerjaya pilihan( fulltime or part time).
Berjaya menjadi salah seorang graduan sijil profesional kewangan Islam – IFP (2019), meningkatkan lagi motivasi dan momentum saya untuk berkongsi tentang ilmu kewangan Islam kepada masyarakat di luar sana.
Setapak anda menjauhi kewangan Islam, setapak juga anda menjauhi agama Islam itu sendiri.
Jika anda terdorong untuk membuktikan ‘pernyataan di atas adalah benar, sila hubungi saya segera untuk mendapatkan servis rundingan PERCUMA bersama team terhebat ( Al Faisal Group).