Takaful, Pengurusan Kewangan
Saya Faiz Reduan, berkelulusan Diploma Informasi Maklumat (IT) di universiti tempatan UTHM Johor. Berkecimpung dalam industri Takaful & Perancangan Kewangan sejak tahun 2015 secara ‘part time’.
Alhamdulillah menjadikan industri ini sebagai karier sejak 2017 kerana bidang ini sangat luas untuk diteroka, pendapatannya tiada limit dan masa yang fleksibel hanya perlu disiplin masa. Industri ini juga telah memberi peluang saya membina lagi konfiden dan keilmuan yang sangat berguna untuk diri saya dan masyarakat kerana terlibat secara langsung dalam memberi konsultasi kewangan kepada orang ramai dengan cara yang betul & mudah .
Saya juga mempelajari ilmu perancangan kewangan secara konsisten bagi menguatkan lagi pengetahuan untuk memberi konsultasi kewangan secara Komprehensif & Efektif (Takaful, pelaburan, harta pusaka) berpandukan syariah. Alhamdulillah, sepanjang penglibatan dalam industri kewangan ini, ramai keluarga yang telah saya bantu dalam perancangan kewangan mereka serta menguruskan kemasukan hospital swasta & “claim” yang mengurangkan beban kewangan mereka dan waris.
Semoga, ke hadapan lebih ramai lagi perunding kewangan Islam yang dapat dilahirkan agar masyarakat Islam di Malaysia lebih berpengetahuan tentang perancangan kewangan Islam.