Jawahir Binti Zul Kepli (since 2008)

AFG Takaful Advisor

+6 013-206 0627

Pendidikan

Sektor Insuran

Takaful dan Kewangan Islam

Takaful
Islamic Financial Planner (IFP)
Pengurusan Harta Pusaka

About Jawahir

Sejak dari kecil, saya memang minat matematik dan perakaunan. Ini membuatkan saya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang kewangan di Lancaster University, United Kingdom. Seterusnya saya bekerja di Tenaga Nasional Berhad sebagai juruaudit dalaman. Meskipun dapat belajar dan bekerja dalam bidang yang saya minati, namun ada rasa kekosongan di dalam hati.

Pemergian arwah suami yang sama-sama menuntut ilmu kewangan barat membuatkan saya sedar, ilmu ini perlu berlandaskan kepada agama. Pengalaman menjadi juruaudit yang lumrahnya digeruni pula membuatkan saya sukar mendapat kawan baru. Anak-anak saya yang masih kecil juga sering kena marah hanya kerana saya letih bekerja. Saya juga tiada masa untuk diri sendiri kerana penat dengan urusan kerja dan rumah.

Semua ini membuatkan saya nekad untuk berhenti makan gaji di syarikat yang sangat saya sayangi ini. Bermulalah perjalanan hidup saya sebagai perunding takaful sepenuh masa pada 1 Januari 2011, selepas lebih setahun menjadi perunding separuh masa (2008).

Di bawah Al Faisal Group PLT, kami dididik tentang keberkatan rezeki dan kerja bersistematik. Saya masih ingat kata-kata dari Ketua Agensi kami, kita semua ialah Khalifah Allah di muka bumi ini. Sememangnya hidup ini hanya sementara. Saya berharap agar kerjaya ini diredhai Allah dan dapat membantu seramai mungkin keluarga islam diluar sana. Semoga apabila berlaku kematian, keluarga yang ditinggalkan tidak sengsara. Begitu juga jika berlaku musibah, pelanggan saya mempunyai dana yang selesa untuk meneruskan kehidupan dengan tenang.

Alhamdulillah, keputusan yang saya buat ini insyaAllah tepat dan terbaik. Sehingga kini, saya masih teruja berkongsi ilmu yang ada kepada pelanggan-pelanggan dan masyarakat. Pelanggan-pelanggan saya merupakan sahabat baru saya, dunia & akhirat. Saya sekeluarga juga mempunyai banyak quality time.

Saya juga berpeluang mendapat sijil Islamic Financial Planner pada 2019. Ilmu yang diperolehi begitu meluas dan ingin saya kongsikan kepada seramai mungkin orang islam. Semoga ilmu ini memberi manfaat dan menjadi bekalan akhirat bersama.

© All rights reserved powered by kuasa3.com

PRODUCTS & SERVICES

Company

get started