Takaful, Perancangan Kewangan
Saya Jereeman Zakariah, pernah berkhidmat di dalam industri Bank pelaburan ‘Equity market’. Berkecimpung di dalam industri Takaful & perancangan kewangan sejak 2005 secara ‘part time’ & Alhamdulillah kini saya telah menjadikan industri ini sebagai karier sepenuh masa saya kerana bidang ini menawarkan pendapatan lumayan & masa yang fleksibel.
Industri ini juga telah mengajar saya membina “self developement” yang sangat berguna untuk diri saya dan masyarakat kerana terlibat secara langsung dalam memberi khidmat nasihat perancangan risiko & kewangan kepada orang ramai dengan cara yang betul berpandukan kepada syariah. Alhamdulillah, sepanjang penglibatan dalam industri kewangan ini, ramai keluarga yang telah saya bantu dalam perancangan kewangan mereka serta menguruskan “claim” yang mengurangkan beban kewangan mereka dan waris. Semoga ke hadapan lebih ramai lagi perunding kewangan Islam yang dapat dilahirkan agar masyarakat Islam di Malaysia lebih berpengetahuan tentang perancangan kewangan Islam