Sarjana Sains Komputer
Takaful, Pelaburan, Harta Pusaka
Berkecimpung dalam industri Takaful & perancangan kewangan sejak 2004 secara ‘part time’.
Alhamdulillah menjadikan industri ini sebagai karier sejak 2008 kerana bidang ini menawarkan pendapatan lumayan & masa yang fleksibel. Industri ini juga telah memberi peluang saya membina “self developement” yang sangat berguna untuk diri saya dan masyarakat kerana terlibat secara langsung dalam memberi konsultasi kewangan kepada orang ramai dengan cara yang betul.
Saya juga telah berjaya menamat kursus profesional kewangan yang berprestij iaitu “Islamic Financial Planner” yang dikelolakan oleh IBFIM pada 2019 bagi menguatkan lagi pengetahuan untuk memberi konsultasi kewangan secara menyeluruh (Takaful, pelaburan, harta pusaka) berpandukan syariah. Alhamdulillah, sepanjang penglibatan dalam industri kewangan ini, ramai keluarga yang telah saya bantu dalam perancangan kewangan mereka serta menguruskan “claim” yang mengurangkan beban kewangan mereka dan waris.
Semoga, ke hadapan lebih ramai lagi perunding kewangan Islam yang dapat dilahirkan agar masyarakat Islam di Malaysia lebih berpengetahuan tentang perancangan kewangan Islam