Takaful
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Norsitah Zaini, berlatar belakang Ijazah Sarjana Muda Senibina. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai arkitek selama 9 tahun.
Telah mengenali founder Al Faisal Group sejak 1996 ( Asasi UM dan seterusnya menjadi rakan sekelas senibina).
Saya bermula sebagai partimer pada tahun 2007 dan seterusnya nekad untuk meletak jawatan arkitek pada tahun 2009. Saya amat mencemburui cara hidup sahabat saya suami isteri (founder Al Faisal), yang mempunyai masa bekerja yang sangat flexible, namun sukses dalam bidang yang mereka ceburi.
Pengalaman paling bahagia dalam bidang takaful ini adalah, bukan sahaja semasa dapat menyampaikan solution terbaik kepada pelanggan, malah apabila dapat membantu dalam menyelesaikan urusan-urusan claim.
“Stay together we are stronger, as We are One Big Family”