Perancangan Kewangan Islam
Saya Raja Mohamad Firdaus bin Raja Ramli seorang Perunding Kewangan. Saya adalah lepasan Ijazah Kewangan Islam di UniSZA pada tahun 2015. Sebelum ini saya bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran di agensi ini selama 3 tahun. Alhamdullillah sepanjang 3 tahun ini saya banyak belajar tentang bagaimana membantu dalam menguruskan claim & juga hal-hal berkaitan servicing client.
Pada tahun lepas (2019) saya telah pun membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi kan profession Freelance Consultant ini sebagai kerjaya baru saya yang banyak fokus kepada Perunding PKI (Perancangan Kewangan Islam). Keputusan ini dibuat atas sokongan keluarga. Alhamdulillah, sejujurnya kerjaya ini adalah seperti yg saya idamkan. Dapat memenuhi keperluan & kehendak diri (Masa + Duit) serta dapat memenuhi keperluan & kehendak pelanggan di dalam bidang financial. Saya merasa kepuasan yang tinggi apabila dpt memberi khidmat yg baik pd pelanggan & dapat menguruskan claim mereka dgn selamat.