Takaful dan Saham Amanah
Saya Suhairul Bin Samah lulusan kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Melibatkan diri dalam industri Takaful dan Saham Amanah sejak 2011 dibawah naungan alfaisal group (AFG) dengan sepenuh masa kerana industri ini menawarkan masa kerja yang fleksibel dan memberi peluang kepada saya untuk mencapai kebebasan kewangan dalam masa yang singkat.
Industri ini juga telah membantu saya mencari dan mengembangkan potensi diri lantas memberi saya kesedaran untuk membantu ramai individu dan masyarakat di luar sana yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga sendiri, rakan-rakan, pemilik perniagaan, golongan professional dan ahli korporat yang berjawatan tinggi tentang hal-hal yang berkaitan pengurusan kewangan dimana saya menfokuskan satu kaedah perancangan kewangan secara holistik yang dinamakan P.I.D.E.
Alhamdulillah, dengan strategi dan nasihat yang telah saya berikan, mereka kini lebih jelas dan faham untuk membuat satu keputusan yang betul demi masa depan mereka dan keluarga mereka di dunia dan di akhirat.